Terdapat satu pepatah yang lebih kerap diungkapkan daripada dipertimbangkan, “Kita adalah apa yang kita makan.”
Pihak alYAQIN percaya bahawa kesihatan yang baik bermula dari pemakanan seimbang – ia adalah matlamat kami untuk menjadi destinasi yang boleh dipercayai untuk maklumat nutrisi.
Di sini, anda boleh jumpa aneka informasi bermanfaat untuk kesihatan, antaranya tips diet untuk penjagaan buah pinggang yang juga sesuai untuk individu dengan hipertensi dan diabetes. Sila lihat Panduan Diet CKD.
E-book baharu: Koleksi resepi jus yang menggunakan buah-buahan dan bahan-bahan yang bersifat alkali.
MISI KAMI
alYAQIN adalah laman web di Malaysia yang didedikasi untuk menyebarkan kefahaman dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan dan pemakanan. Kandungan yang terdapat di sini adalah hasil usaha mengumpul maklumat dari sumber-sumber sahih (seperti kajian akademik dan portal rasmi kerajaan) dan hanya bertujuan sebagai panduan, bukan untuk menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada kami di alyaqin.info@gmail.com