Food For Skin: Tips untuk Pesakit CKD Berkulit Kering dan Sensitif

Cuaca yang tidak menentu adalah salah satu punca kelembapan yang tinggi, menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Antara yang pertama terjejas oleh cuaca sebegini adalah kesihatan kulit. Bagi mereka yang memang berkulit kering dan sensitif, penjagaan yang lebih teliti adalah penting kerana kulit yang dibiar kering secara berterusan boleh merekah dan terluka. Tetapi bagi mereka yang juga mempunyai masalah kesihatan tertentu, ia lebih dari sekadar cuaca dan kulit.

Kulit kering dan/atau gatal adalah antara gejala yang sering dialami oleh individu menghidap penyakit buah pinggang atau chronic kidney disease (CKD). Ini menandakan buah pinggang tidak lagi dapat mengekalkan keseimbangan mineral dan nutrien yang betul dalam darah. Dengan fungsi buah pinggang yang lemah, toksin akan berkumpul dalam badan, mengakibatkan kekeringan dan kegatalan kulit yang dipanggil CKD-aP (CKD-associated pruritus).

Dalam artikel ini, alYAQIN akan menjelaskan tentang bahan dan produk yang wajib pesakit CKD elak, cara memilih produk yang selamat, dan bahan semula jadi yang sesuai dijadikan homemade moisturiser, face mask dan krim badan—disertakan dengan tips diet untuk meningkatkan kesihatan kulit!

ELAK BAHAN KIMIA

CKD-aP dan cuaca yang tidak menentu boleh membuatkan keadaan kulit bertambah teruk. Namun, penjagaan kulit menjadi satu cabaran bagi pesakit CKD apabila doktor menasihatkan untuk berhenti menggunakan sesetengah produk penjagaan diri (seperti sabun mandi dan pelembap muka) yang sudah lama menjadi sebahagian daripada rutin harian. Ini kerana badan kita mampu menyerap bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan produk penjagaan diri yang popular, jadi penggunaan produk sedemikian untuk jangka masa yang panjang meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan, antaranya gangguan hormon dan kanser – dengan sistem imun yang rendah, pesakit CKD lebih terdedah kepada risiko tersebut.

Berikut adalah beberapa bahan dan produk berbahaya yang perlu dielak:

  • Hydroquinone: agen pencerah kulit yang terdapat dalam produk kecantikan – penggunaan bahan ini untuk tempoh yang lama boleh mengakibatkan kerosakan hati dan buah pinggang. Walaupun penggunaan bahan ini dilarang dalam produk kosmetik, sesetengah produk masih mengandunginya.
  • Merkuri: dilarang digunakan dalam produk kosmetik, namun masih boleh dijumpai dalam sesetengah sabun dan krim. Merkuri boleh diserap masuk ke dalam badan dan merosakkan otak, sistem saraf dan buah pinggang. Cari di label produk untuk Hg, mercurous chloride, calomel, mercuric atau mercurio.
  • Produk timbang kilo dan produk lain keluaran jenama yang tidak diketahui: produk ‘timbang kilo’ adalah produk kecantikan popular yang menjanjikan hasil yang pantas. Mengandungi merkuri, hydroquinone, steroid serta bahan kimia lain yang murah dan berbahaya, produk timbang kilo selalunya berwarna-warni dengan bau wangi yang kuat, tidak mempunyai label dan/atau tidak mendedahkan senarai bahan. Elak daripada membeli sebarang produk kosmetik dengan harga murah yang mencurigakan, yang mudah didapati online dan dikeluarkan oleh jenama yang tidak diketahui atau tidak bertauliah.
  • Pain relief patches: walaupun bukan produk kosmetik, pain relief patches juga senang dijumpai di kedai yang menjual produk kebersihan diri. Pain relief patches adalah produk yang digunakan secara topikal untuk melegakan sakit badan dan tidak diperbuat daripada bahan terlarang atau berbahaya tetapi sebagai peringatan, produk ini mungkin tidak sesuai untuk golongan tertentu kerana ia mengandungi ubat yang diserap ke dalam badan melalui kulit dan mampu memberi kesan sampingan yang tidak diingini, terutamanya untuk orang yang mempunyai masalah kesihatan dan/atau sedang mengambil ubat lain. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan pain relief patches.

Selain mengelak bahan kimia dalam produk, pesakit CKD juga perlu jadikan tabiat memakai sarung tangan ketika berkebun, membasuh pinggan dan membuat aktiviti yang melibatkan sabun kuat seperti bahan pencuci – ini boleh mengurangkan pendedahan kepada bahan berisiko yang boleh merosakkan kulit. Elak juga mandi dengan air yang terlalu panas dan jangan guna skrub kasar kerana ini boleh menanggalkan minyak semula jadi dari kulit!

PILIH PRODUK BERKUALITI TINGGI

Apabila mencari produk penjagaan diri, termasuk bahan solekan seperti foundation dan gincu, pesakit CKD sebaiknya memilih yang organic, natural dan vegan serta paraben-free dan fragrance-free – ini bermaksud produk tersebut berkualiti tinggi, diproses secara minimum dan bebas daripada bahan kimia yang berbahaya. Diperbuat daripada bahan semula jadi, produk organic, natural dan vegan lebih lembut dan sesuai untuk kulit sensitif. Antara bahan-bahan bagus yang sering digunakan dalam produk organic, natural dan vegan adalah:

  • Niacinamide (Vitamin B3): terdapat dalam kebanyakan produk penjagaan kulit, niacinamide (sejenis Vitamin B3) membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya, pencemaran dan toksin.

Anda perlu Log Masuk atau mendaftar sebagai Member untuk terus membaca.

atau Daftar

error: Content is protected !!