Cincau: Hiasan Sajian Yang Berkhasiat?

Semoga bermanfaat untuk semua – sila share!

Cincau merupakan sejenis agar-agar yang biasa disertakan dalam hidangan penyejuk badan. Sesetengah penggemar makanan sihat telah lama menyedari rahsia yang terkandung dalam cincau, sama ada yang hitam ataupun yang hijau. Walaupun tekstur kedua-dua cincau adalah sama, mereka tidak serupa! Dalam artikel ini, kami membincangkan perbezaan antara 2 variasi cincau yang senang dijumpai di Malaysia – cincau hitam yang lebih popular di negara-negara seperti Taiwan, Hong Kong dan Singapura, dan juga cincau hijau yang terkenal di Indonesia. 

CINCAU HITAM diperbuat daripada daun pokok yang dikenali secara saintifik sebagai Mesona chinensis atau platostoma palustre, sejenis tumbuhan dari keluarga pudina. Di Asia Timur dan Asia Tenggara di mana penggunaan cincau hitam dalam sajian adalah tradisi, terdapat kalangan yang percaya cincau hitam memiliki nilai perubatan disebalik peranannya sebagai hiasan menarik. Pengamal perubatan tradisional menggunakan cincau hitam untuk menangani pelbagai masalah kesihatan, terutamanya dalam pengurusan hipertensi, diabetes dan masalah hati. Jika kita mendalami laporan penyelidikan tentang cincau hitam, kita akan mendapati manfaat kesihatan cincau hitam yang dikhabarkan boleh dipercayai – ia sering dikaitkan dengan kekayaannya dengan antioksidan dan sebatian bioaktif atau bioactive compounds yang bersifat anti-kanser, anti-bakteria, antihypertensive (bermaksud ia boleh melawan hipertensi), antidiabetic (mencegah diabetes) dan hepatoprotective (melindungi hati).

Sama seperti teh, daun cincau hitam yang telah dijadikan agar-agar mengandungi phenolic compounds seperti flavonoids dan tannins yang merupakan kompoun semula jadi yang mampu memberi kesan positif kepada kesihatan apabila dimakan atau diminum.

CINCAU HIJAU pula bukan berasal daripada tumbuhan yang sama dengan cincau hitam! Cincau hijau sebenarnya dihasilkan dari daun tumbuhan berbeza, iaitu Cyclea barbata. Selain masakan, bahan ini juga tidak asing dalam dunia perubatan tradisional – daun cincau hijau digunakan di Indonesia (khususnya dalam masyarakat Jawa Barat) secara topikal untuk menghilangkan demam, manakala di Thailand dan Bangladesh, minuman diperbuat daripada daun ini diamalkan sebagai ubat batuk dan asma. Penggunaan cincau hijau tidak terhenti pada daunnya sahaja. Orang Minangkabau dan Thailand turut merebus akar cincau hijau untuk dijadikan air bagi melegakan sakit kepala dan sakit perut, iaitu kaedah rawatan yang sama dalam perubatan tradisional Cina atau TCM (traditional Chinese medicine).

Sama dengan cincau hitam, terdapat flavonoids dalam cincau hijau yang telah dikaitkan dengan pelbagai khasiat, antaranya kebolehan untuk menyokong kesihatan sistem penghadaman dan menurunkan tekanan darah tinggi—malah, kompoun tersebut juga dikatakan dapat membantu menguruskan paras gula dalam darah.

Walaupun ini bermakna cincau hitam dan cincau hijau cukup bagus untuk dijadikan sebahagian daripada diet, lebih kajian masih diperlukan untuk memahami manfaat pengambilan cincau dan seseorang tidak patut bergantung pada khasiatnya untuk menangani sesuatu penyakit.

BUAT GABUNGAN YANG BIJAK DENGAN CINCAU 

Sepertimana yang kita semua tahu, memadankan bahan-bahan untuk membuat sesuatu hidangan dalam diet seimbang adalah penting untuk kita mendapatkan nutrien yang diperlukan setiap hari – mengenali interaksi makanan tidak kurang pentingnya! Seorang nutritionist dari Hong Kong, Kathy Ng Yiu-fan menjelaskan dalam sebuah artikel 2023 di South China Morning Post bahawa kandungan antioksidan dalam cincau hitam boleh meningkatkan tahap kesihatan, salah satu caranya dengan menurunkan paras kolesterol tinggi dalam darah. Tetapi beliau juga memberi peringatan penting; mengambil cincau hitam bersama susu sejat mungkin tidak bermanfaat.

Anda perlu Log Masuk atau mendaftar sebagai Member untuk terus membaca.

atau Daftar

error: Content is protected !!