Kenali 9 Superfoods Yang Boleh Jadi Berbahaya! (Bahagian 1)

Sama ada dalam perubatan tradisional ataupun kitab suci, terdapat pelbagai jenis makanan yang disanjung. Kekayaan khasiat yang dijumpai dalam makanan-makanan ini membuatkan ramai orang pada zaman dahulu menganggap sebahagian daripadanya sebagai makanan para dewa, seperti coklat di dalam budaya Mesoamerika (kini Mexico dan Costa Rica antara negara lain) dan malah, ada yang dijadikan sebagai ubat, seperti barli yang digunakan secara meluas oleh tamadun Mesopotamia (kini Iraq).

Kita juga boleh lihat terdapat sesetengah makanan diberi kepentingan yang sama walaupun dalam agama berbeza – antaranya kurma dan anggur. Sama ada untuk upacara tertentu atau tujuan kesihatan, pengambilan buah-buahan ini biasa diamalkan oleh penganut agama Islam, Kristianiti, Hindu dan Buddha.

Semua makanan yang disebut di atas boleh dirangkumkan di bawah istilah ‘superfoods‘. Secara lazimnya, superfoods adalah makanan yang memiliki manfaat ajaib – namun, bukan semua orang tahu bahawa superfoods tidak semestinya sesuai untuk golongan-golongan tertentu! Perkara ini amat penting terutamanya bagi mereka dengan penyakit kronik dan/atau komplikasi kesihatan lain yang sedang mengambil ubat-ubatan.

Ingat, hanya kerana bahan itu semula jadi, tidak bermaksud ia selalunya bagus! Sebelum mencuba sesuatu makanan itu, anda perlu kenal dulu baik buruknya dan dapatkan nasihat pakar kesihatan. 

Dalam artikel ini yang akan diasingkan kepada tiga bahagian, kami berbincang tentang 9 superfoods yang popular untuk ketahui sama ada mereka bagus atau berbahaya.

1. APPLE CIDER VINEGAR (ACV atau CUKA EPAL)

Sejak beribu tahun dahulu, cuka telah menjadi bahan serbaguna yang amat dihargai. Pada zaman dinasti-dinasti Cina, cuka digunakan dalam masakan dan turut dijadikan sebagai antiseptik bagi mengurangkan risiko jangkitan. Di bahagian dunia lain pula, askar-askar Rom – termasuk Julius Caesar – mencergaskan dan menguatkan badan dengan mengamalkan sejenis minuman yang dipanggil ‘posca‘, iaitu cuka epal yang dicampur dengan madu dan rempah ratus lain.

Cuka epal atau apple cider vinegar (biasa disingkatkan sebagai ACV) diperbuat daripada jus buah epal yang ditapai (fermented), gula dan yis. Pada zaman sekarang, cuka epal selalunya ditambah kepada salad untuk rasa masamnya yang menyegarkan dan dengan sejarah yang panjang mengenai manfaat kesihatannya, ia tidak menghairankan mengapa cuka epal kekal menjadi salah satu ‘home remedies’ yang sering didengar, antaranya untuk menangani diabetes dan mengurangkan berat badan. Namun, sejauh manakah keberkesanannya? Dan adakah bahan ini selamat?

Sebenarnya, tidak banyak bukti yang dapat menyokong manfaat cuka epal dan lebih banyak kajian diperlukan. Malah, kajian menunjukkan individu yang mengamalkan cuka epal sebagai pemutih gigi mengalami kehausan gigi – ini kerana asid asetik dalam cuka epal menghakis lapisan enamel, menyebabkan gigi menjadi lemah. Jadi, walaupun benar cuka epal boleh memutihkan gigi, ia juga merosakkannya!

Bukan itu sahaja, cuka epal mungkin dapat memberi kesan alkali kepada badan setelah dimakan, namun tahap asidnya yang tinggi mampu memudaratkan penyakit buah pinggang kronik atau chronic kidney disease (CKD). Menurut artikel yang diterbitkan di Women’s Health, dietitian Amanda Baker Lemein dan nutritionist Ella Davar menasihatkan orang dengan masalah buah pinggang untuk elak mengambil cuka epal – mereka menjelaskan bahawa bahan-bahan dengan tahap asid yang tinggi, seperti cuka epal dan minuman berkarbonat, telah dikaitkan dengan kemerosotan fungsi buah pinggang.

2. PERIA KATAK

Lain daripada yang lain, itulah cara terbaik untuk menggambarkan peria katak dari segi rupa dan rasa. Dipanggil bitter gourd atau bitter melon dalam bahasa Inggeris, sayur ini sememangnya tidak asing dalam hidangan masyarakat Asia, Afrika dan Caribbean. Ada pelbagai khasiat yang terkandung dalam peria katak – malah, pasti ada dalam kalangan kita yang mengenalinya sebagai ubat untuk penyakit kencing manis, yang sering disarankan dalam perubatan tradisional Cina serta Ayurveda.

Kaya dengan khasiat seperti Vitamin C, zat besi (iron) dan serat (fibre), peria katak sememangnya bagus, tetapi ia tidak sesuai untuk sesetengah individu.

Anda perlu Log Masuk atau mendaftar sebagai Member untuk terus membaca.

atau Daftar

Baca Bahagian 2 dan Bahagian 3.

error: Content is protected !!