Karbohidrat: Sumber Tenaga Terbaik untuk Pesakit CKD (Dengan atau Tanpa Diabetes!)

Pepatah “less is more” boleh merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan kita – bagi pesakit chronic kidney disease atau CKD, pepatah ini relevan dengan pemakanan seharian demi melambatkan progres kehilangan fungsi buah pinggang.

Antara sebab less is more adalah:

  • Bagi sesetengah pesakit CKD, lagi kurang air diminum, lagi kurang risiko lonjakan tekanan darah, lalu tidak sukar untuk buah pinggang bekerja. Ia juga boleh melegakan simptom edema, iaitu pengumpulan air/cecair dalam badan.
  • Lagi kurang kerap pengambilan protein haiwan dan saiz hidangannya (terutamanya daging merah), lagi kurang beban pada buah pinggang – kaedah ini sering dipanggil diet rendah protein atau low protein diet.
  • Bagi sesetengah pesakit CKD, lagi kurang makanan tinggi potassium/phosphorus diambil, lagi senang untuk buah pinggang berfungsi. Ini terutamanya bagi mereka yang perlu mengambil ubat-ubatan yang mempengaruhi kadar potassium dalam darah (antara yang paling terkenal untuk interaksi sebegini adalah ACE inhibitors).

Ada di kalangan pesakit CKD yang menghidap diabetes pula anggap makanan karbohidrat (seperti nasi, roti, pasta) tidak boleh diambil. 

Perkara ini tidaklah mengejutkan, memandangkan populariti keto diet (diet ketogenik) yang telah melanda komuniti jenis-jenis diet tertentu. Tetapi karbohidrat sebenarnya amat penting dalam pemakanan CKD! Menurut artikel yang diterbitkan dalam EatingWell, menyingkirkan karbohidrat dari diet tidak digalakkan untuk orang yang sihat (kecuali disarankan atas faktor rawatan tertentu). 

Karbohidrat terdapat dalam pelbagai bentuk dan diperlukan dalam diet yang seimbang: serat (fiber), kanji (starch), gula (sugar). Sebahagian besar karbohidrat kompleks (complex carbohydrates) terdiri daripada fiber dan starch, manakala karbohidrat ringkas (simple carbohydrates) adalah jenis-jenis makanan yang tinggi gula. Semua orang perlu mengambil jumlah karbohidrat secukupnya mengikut berat badan dan status kesihatan masing-masing.

Begitu juga untuk pesakit CKD non-dialysis – cuma dalam kehidupan penghidap CKD yang perlu mengamalkan diet rendah protein, makanan karbohidrat menjadi satu keperluan yang tidak boleh diambil ringan. Ini kerana mengehadkan pengambilan protein sumber haiwan bermakna bermula bergantung pada makanan karbohidrat untuk sumber tenaga (kalori). Dengan mencapai keperluan kalori melalui makanan karbohidrat, ia dapat menyokong fungsi-fungsi badan dan juga melawan keletihan, iaitu simptom utama CKD. 

Untuk memahami dengan lebih baik, kita mesti mendalami perkara ini dari sudut saintifik – badan manusia memperolehi kalori daripada tiga sumber utama: karbohidrat, lemak dan protein. Tetapi sepertimana yang dijelaskan di halaman Panduan Diet CKD di alYAQIN, diet rendah protein secara umumnya adalah lebih mudah untuk buah pinggang—sekiranya kita perlu mengurangkan kalori daripada salah satu daripada tiga kumpulan ini, kalori mesti diseimbangkan melalui sumber lain. Ini bermakna untuk kesihatan buah pinggang, biasanya yang terbaik adalah mengurangkan kalori daripada protein, meningkatkan kalori daripada karbohidrat dan teruskan mengambil jumlah kalori yang sederhana daripada lemak.

Bagi anda yang menghidap diabetes, anda mungkin terfikir: bukankah karbohidrat akan meningkatkan bacaan gula dalam darah? Sebenarnya, makanan karbohidrat tidak menjadi masalah untuk pesakit diabetes selagi ia daripada sumber yang bagus dan diambil dalam porsi sederhana! Maksudnya, pilihan makanan karbohidrat mestilah berkualiti tinggi (complex carbohydrates) dan yang tinggi serat (fiber). Pengambilan serat dalam kuantiti tinggi boleh membantu mengurus diabetes.

Makanan karbohidrat yang juga tinggi serat sekurang-kurangnya mengandungi 2–4 g serat untuk setiap hidangan dan biasanya jumlah seperti ini (malah, ada yang boleh mencecah 8 g!) boleh diperolehi dari makanan dan produk berasaskan bijirin (whole-grain), kekacang (legum), sayur-sayuran dan buah-buahan. Menyertakan serat dalam hidangan dengan kerap boleh menjadi satu cabaran bagi mereka yang perlu mengehadkan pengambilan potassium, namun amalan ini sebenarnya tidak sukar selagi anda tahu jumlah potassium yang terkandung dalam setiap bahan! Jika anda telah mendaftar untuk Membership Bulanan alYAQIN, anda boleh lihat di sini untuk cara membuat kombinasi makanan karbohidrat tinggi serat yang bijak sambil mengikut citarasa sendiri!

Pilihan makanan karbohidrat yang bijak juga boleh membantu mencapai keperluan protein seharian dan sekaligus mampu mencegah kekurangan zat makanan, iaitu masalah yang biasa dialami oleh pesakit CKD. Tiada jumlah karbohidrat harian yang ditetapkan, baik untuk individu yang sihat mahupun yang berpenyakit; semuanya bergantung pada berat badan dan status kesihatan masing-masing. Anda perlu berbincang dengan dietitian atau pakar kesihatan bagi memastikan jumlah karbohidrat dan kalori yang bersesuaian dengan diri.

error: Content is protected !!