Mesti Cuba! Jadikan Menu Bazar Ramadan/Hari Raya Ini Berkhasiat (Bahagian 1)

Terdapat pelbagai bentuk nikmat untuk kita hargai dan rasai sepanjang bulan Ramadan, antara yang paling indah adalah bazar Ramadan – ia menjadi destinasi ramai pengunjung untuk menikmati kemeriahan pilihan juadah yang dijual dan suasana yang memeriahkan lagi pengalaman berpuasa. 

Sementara membeli di bazar Ramadan mungkin sering dijadikan aktiviti oleh sesetengah orang, makanan luar tidak boleh diambil ringan oleh orang yang mempunyai penyakit kronik atau sistem imun yang lemah atas faktor lain. Antara sebab golongan ini tidak digalakkan selalu membeli makanan di luar adalah mereka berisiko tinggi untuk mendapat keracunan makanan dan kebanyakan makanan selalunya disediakan dengan cara yang tidak sihat, seperti penggunaan minyak, pemambah rasa, garam dan gula yang banyak.

Tetapi siapa kata menu bazar Ramadan tidak boleh jadi sihat? Apa yang lagi menarik, banyak di antara juadah yang dicari-dicari di bazar sebenarnya mudah untuk dibuat di rumah!

Bagi anda yang gemar menu popular bazar Ramadan tetapi ingin lebih teliti dengan kualiti makanan, anda sudah jumpa tempatnya untuk petua pemakanan yang lebih sihat – dalam artikel ini (yang dibahagikan secara berepisod), anda akan diperkenalkan kepada jenis-jenis menu bazar Ramadan (atau Hari Raya) yang anda boleh ubahsuai menjadi lebih sihat.

1. AIR BATU CAMPUR (ABC / AIS KACANG) TANPA MESIN PARUT

Minuman berasaskan ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan lemak manis adalah sejenis pencuci mulut yang boleh dijumpai di seluruh dunia dengan nama dan ramuan yang berbeza. Di Malaysia, semangkuk ais berwarna kemerahan ros yang diserikan dengan bahan-bahan seperti kekacang, cincau dan krim jagung dikenali sebagai Air Batu Campur atau singkatannya, ABC. Ia merupakan sajian tradisi yang sering dihidangkan semasa berbuka puasa dan juga pada hari raya. Kecuali ramuannya diolah, jarang sekali orang yang menjual ABC sediakan manisan ini dengan penggunaan gula yang rendah!

Menariknya tentang ABC, sebahagian daripada ramuannya sebenarnya penuh khasiat dan ABC secara keseluruhannya amat versatil untuk dibega mengikut citarasa sendiri. Menghasilkan aisnya juga ternyata tidak memerlukan mesin parut khas kalau kita menerokai kaedah lain untuk mendapatkan tekstur yang serupa – dan dalam artikel ini, kita akan meneroka kaedah penyediaan satu sajian berasal dari Sicily, Itali.

Dengan inspirasi dari lautan Mediterranean dan mengolah resepi dengan bahan-bahan yang lebih sihat, ini cara kita boleh gandakan khasiat ABC – dan caranya untuk hasilkan ABC tanpa mesin parut ais!

Anda perlu Log Masuk atau mendaftar sebagai Member untuk terus membaca.

atau Daftar

error: Content is protected !!