Raya Dengan atau Tanpa Lauk Daging?

Setiap kali tibanya Aidilfitri, daging menjadi bahan yang sinonim dengan juadah istimewa. Antara sajian yang dinantikan adalah rendang tok, kari daging dan serunding.

Menikmatinya bersama keluarga dan rakan-rakan adalah salah satu sebab meriahnya hari raya. Tetapi situasi ini juga boleh menjadi cabaran bagi penghidap CKD (non-dialysis), golongan yang mengalami masalah penyingkiran kreatinin sehingga memerlukan amalan pengambilan protein haiwan yang teliti. Pengurusan diet pesakit CKD non-dialysis selalunya menumpukan kepada memakan protein berasas tumbuhan dan mengurangkan protein haiwan, terutamanya daging merah. Ini kerana berbanding daging putih (seperti ayam dan ikan), daging merah mengandungi lebih banyak protein dan kreatinin darinya diserap oleh badan dengan lebih cepat.

Saiz untuk satu hidangan daging merah (lembu atau kambing) adalah 3 auns, iaitu lebih kurang sebesar tapak tangan (tidak termasuk jari) dan mempunyai 24-27 g protein. Jumlah ini sudah mencecah jumlah protein yang dihadkan buat sesiapa yang perlu mengamalkan diet protein rendah (low-protein diet).

Daging merah mengandungi nutrien penting seperti zat besi, zinc dan vitamin-vitamin B, namun kebaikan ini disusuli sifat keradangan yang boleh memberi kesan lebih teruk pada fungsi buah pinggang jika dimakan dengan kerap.

Demi kesihatan buah pinggang, daging merah mestilah diambil dalam kuantiti yang minima. Di bawah adalah informasi mengenai daging merah yang anda boleh jadikan sebagai panduan pada musim perayaan ini atau pada masa yang diperlukan.

  • Anggaran kandungan nutrien dalam daging merah yang digoreng, dipanggang atau direbus untuk satu porsi (3 auns, bersamaan saiz tapak tangan tidak termasuk jari) adalah 24-27 g protein, 60 mg sodium, 230 mg potassium, 185-195 mg phosphorus: 195mg

    Pengambilan daging yang minima untuk setiap hidangan amat penting ketika beraya kerana anda mungkin akan menjamu sajian berasas daging pada waktu makan lain. Kuah atau masakan yang menggunakan rebusan daging dan tulang tidak terkecuali dari mengandungi protein dan kreatinin yang tinggi, contohnya mee rebus dan sup tulang. * Info daging merah ini tidak termasuk bahan-bahan lain yang diperap dan/atau yang dimasak dengannya, contohnya jumlah sodium mungkin melebihi dari apa yang tertera di atas.
  • Satu cara mudah untuk kawal pengambilan protein haiwan ketika beraya adalah dengan menjadikan protein bersumberkan haiwan sebagai hidangan sampingan.
  • Nasi-nasi istimewa seperti yang dihidangkan di kenduri selalunya diperisakan dengan rebusan daging ayam, lembu atau kambing. Untuk menambahkan rasa lemak, susu cair mungkin turut digunakan dalam jenis masakan ini dan juga dalam sajian lain yang berkuah. Memadankan nasi dengan lauk pauk dengan berhati-hati mampu mengekalkan anda di zon selamat dari segi jumlah protein haiwan dan nutrien-nutrien lain yang mungkin patut dikawal.

KESIMPULAN

Pengambilan daging merah yang minima perlu diambil sirius kerana kandungan proteinnya yang tinggi dan juga kreatininnya yang mudah diserap badan. Membuat kombinasi yang bijak untuk setiap hidangan dapat mengurangkan risiko peningkatan kadar kreatinin dalam darah. Sepertimana kebanyakan pesakit CKD non-dialysis perlu teliti dalam memilih sumber protein, daging merah sebaiknya dinikmati dalam kuantiti kecil kalau bukan untuk sekadar rasa agar tidak membebankan buah pinggang.

PRODUK BERKAITAN

Membership Bulanan + Panduan Diet CKD RM10

Sertai kami sebagai Member alYAQIN dan dapatkan akses kepada halaman Panduan Diet CKD, direka khas untuk Pesakit CKD Stage 4–5 (Non-Dialysis).

Ilham 7 Hari (E-book)
RM10

Dapatkan koleksi menu di dalam bentuk E-book (37 halaman), direka khas oleh alYAQIN untuk Pesakit CKD Stage 4–5 (Non-Dialysis).

error: Content is protected !!